Royalti Minyak - GEGAR desak Kerajaan Malaysia
Saturday, 26 December 2009 02:06 SM Noor
dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyatnya.
Pengerusi Bersama GEGAR, Dr Abdul Halim Bin Yusof (Gambar kiri - tiga dari kanan) dan Encik Moigahamad Fauzi bin Abu Samah (dua dari kiri) membentangkan lima hujah mengapa kerajaan Malaysia mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri sebagaimana komitmen Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak, bapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib di Parlimen pada 12 Disember 1975.

“Selain
itu, perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar
Semenanjung dengan Pengerusi PETRONAS untuk memberi 5% royalti kepada
negeri.
”Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak,”kata Mohamad Fauzi dalam sidang media yang diadakan disini semalam.
Menurutnya, pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautikal.
Katanya, pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautikal adalah mengelirukan kerana Akta Dharurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.
GEGAR adalah badan NGO yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.
Kenyataan penuh GEGAR boleh di rujuk pada laman blog rasminya, royaltirakyat.blogspot.com
Sumber: Buletin Online”Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak,”kata Mohamad Fauzi dalam sidang media yang diadakan disini semalam.
Menurutnya, pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautikal.
Katanya, pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautikal adalah mengelirukan kerana Akta Dharurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.
GEGAR adalah badan NGO yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.
Kenyataan penuh GEGAR boleh di rujuk pada laman blog rasminya, royaltirakyat.blogspot.com
No comments:
Post a Comment