Thursday, October 18, 2012

SEJARAH PENUBUHAN NGO R - Dari Stadium Kepada Stadium

SEJARAH R



R diasaskan daripada perbincangan berberapa orang ANAK MUDA yang memang sejak dari tahun 2009 lagi konsisten dalam isu TUNTUTAN ROYALTI NEGERI KELANTAN. Cuma pada waktu itu platform yang aktif dalam isu tuntutan ROYALTI KELANTAN adalah GERAKAN BERTINDAK KEMBALIKAN ROYALTI RAKYAT atau lebih dikenali sebagai GEGAR yang ditubuhkan pada 25 Disember 2009. Pada waktu itu, aku dilantik menjadi Setiausaha GEGAR.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ialah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 77 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO). Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT). Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Program terbesar dan yang paling memberikan IMPAK MAKSIMUM dalam usaha tuntutan ROYALTI KELANTAN adalah program SOLAT HAJAT DAN HIMPUNAN 100,000 RAKYAT KELANTAN TUNTUT ROYALTI yang dibuat di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, Kelantan. GEGAR mendatangkan PENGASAS PETRONAS dan individu yang menandatangani perjanjian antara KELANTAN dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975 iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, penerangannya memberikan maklumat yang berguna hinggakan rakyat tidak kelu untuk menyebut "ROYALTI HAK KELANTAN".

GEGAR terus bergerak secara proaktif dengan mengadakan kempen tuntutan tandatangan daripada rakyat serta mengadakan banyak siri program penerangan dalam isu tuntutan ROYALTI hinggalah program terkini iaitu "KHEKMOH ROYALTI" diadakan sempena perlawana akhir Piala FA, perlawanan antara Kelantan dengan Sime Darby, program tersebut telah menjadi batu lonjatan kepada kebangkitan gerakan ANAK MUDA dalam usaha menuntut ROYALTI. Pada program itu sahaja lebih 10,000 tandatangan berjaya dikumpulkan, dan kemuncaknya apabila Tan Sri Annuar Musa KAFA menurunkan tandatangan sokongan seperti laporan portal Malaysiakini pada 20 Mei 2012.

DARI MANA R WUJUD?


 Asal nama R wujud daripada hasil perbincangan berberapa Aktivis GEGAR untuk membentuk satu BENDERA GERGAGI bagi dinaikan di STADIUM BUKIT JALIL sempena perlawanan akhir Piala FA. Ia sebagai signal awal kebangkitan BARU dalam usaha tuntutan ROYALTI Kelantan.

Pada 16 Mei 2012 aku menjemput berberapa orang rakan keluar minum bagi membincangkan projek khas ini, Bro Topeng Perak, Jeming Hassan, Ayie Prop, dan aku @ Syam Ghaz berjumpa di sebuah restoran di Pulau Melaka.

Antara benda yang dibincangkan, huruf apakah yang ingin diconteng pada bendera gergasi itu nanti, bermacam-macam huruf keluar antaranya "ROYALTI" "GEGAR" "MINYAK" "GAS" dan Alhamdulillah keluar dari mulutku, "kita buat huruf "R" jah... senang dan biar orang tertanya-tanya".

Perbincangan tersebut hasilnya membuat keputusan agar Jeming Hassan dan Topeng Perak membuat lakaran logo "R" yang dipersetujui, aku pula bahagian cetakan logo. 5,000 untuk logo Jeming dan 5,000 untuk logo Topeng Perak. 

Akhirnya berpuluh-puluh orang hadir ke stadium, logo yang paling banyak mendapat sambutan akhirnya kami putuskan untuk dijadikan logo rasmi R. Terim kasih buat rakan-rakan yang hadir dan andalah pencetus EVOLUSI KEBANGKITAN ANAK MUDA!

Alhamdulillah kesan signifikan daripada projek khas tersebut, isu ROYALTI bangkit kembali dikalangan ANAK-ANAK MUDA yang tertanya-tanya apakah itu "R"?

Hinggalah sekarang, "R" kini menjadi gelombang TSUNAMI kebangkitan rkyat dalam usaha menuntut ROYALTI DAN HAK PENDARATAN MINYAK & GAS KE KELANTAN. 

Pada 23 September 2012 (SABTU) akhirnya SEJARAH BARU tercipta, mesyuarat pertama R yang dijemput oleh aku sendiri untuk membincangkan agenda baru, PLATFORM BARU NGO bagi mengerakkan aktiviti-aktiviti khas, terutamanya mengfokuskan kepada Gerakan Anak Muda telah di buat di Bandar Baru Tunjong. 

Mesyuarat memutuskan, Saudara Nazri Deraman yang merupakan salah seorang yang pernah dianugerahakan sebagai Tokoh NGO Negeri Kelantan dilantik sebagai Presiden R, Haji Abu Samah Hassan, Nur Adyani dan Dr Syed Khaliq sebagai Naib Presiden R, aku sebagai Setiausaha R, Saudara Nazman selaku Bendahari R dan Nurul Ainani selaku Bendahari 2 R. Rakan-rakan lain dilantik sebagai Pengarah-Pengarah Division masing2.

R tidak bertembung dengan GEGAR, dan kami saling lengkap melengkapi secara simbiosis dengan kelompok sasar yang ditetapkan. Disitulah peranan penting aku selalu Setiausaha GEGAR dan R selaku koordinator ;)

Kempen-kempen dan program bermula dari kecil ke besar diteruskan sehinggalah "R" digeruni kawan dan lawan seperti sekarang. Aktiviti R dicoretkan di blog JEMINGHASSAN sehinggalah aku kembali menulis kembali selepas lama tidak berblogger, blog lamaku ROYALTI RAKYAT

Aku kini kembali berblog demi mencoret catitan sejarah perjuangan ROYALTI demi generasi masa hadapan. Moga Allah memberkati perjuangan kami dunia dan akhirat. AMIN

Hamba Allah SWT,

SYAM GHAZ



No comments:

Post a Comment