FAKTA ROYALTI PETROLEUM KELANTAN[1]
A. KRONOLOGI
Pada tahun 1957,
semua
negeri terbabit diundang untuk bergabung dalam Persekutuan Malaya.
Perjanjian Persekutuan dimeterai, yang mana perjanjian itu menyatakan
bahawa pertahanan, dasar luar negeri, keselamatan dalam negeri dan
sebagainya adalah tanggung jawab kerajaan persekutuan. Pada masa yang
sama, hal-hal lain seperti agama dan sumber alam berada di bawah bidang
kuasa kerajaan negeri.
Ini
bererti bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah, air,
mineral, balak dan apa sahaja yang dikeluarkan ataupun dijumpai dalam
sesebuah negeri ataupun zon ekonominya adalah milik negeri berkenaan.
Pada 1970-an, satu persidangan dunia diadakan dan persidangan bersetuju
bahawa zon ekonomi setiap negara adalah dalam jarak 200 kilometer dari
negara berkenaan.
Pada tahun 1963
Malaysia
ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar
pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk
negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia
ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara
tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan
Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak.[2]
Pada tahun 1972,
Malaysia
menemukan petroleum – luar pesisir tetapi masih dalam zon ekonomi
Terengganu. Ada pihak yang mengatakan bahawa petroleum sebenarnya
dijumpai sebelum 1972 lagi. Tetapi kerajaan merahsiakannya kerana pada
masa itu, Terengganu berada di bawah penguasaan pembangkang. Kerajaan
persekutuan tahu bahawa disebabkan petroleum adalah sumber kerajaan
negeri, maka Terengganu akan mendapat manfaat darinya, sebagaimana yang
termaktub dalam Perjanjian Persekutuan.
Pada tahun 1974
Kerajaan
persekutuan meluluskan akta yang mengubah status petroleum, iaitu dari
sumber negeri kepada sumber nasional. Ini sememangnya suatu pelanggaran
Perjanjian Persekutuan. Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul
Razak. Undang-undang ini dinamai Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan:
Suatu
Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan
pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh
suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan
hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan
petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan
dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi
membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta
Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan
dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi
membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan
dengannya.
Untuk
tujuan ini, sebuah syarikat minyak nasional ditubuhkan, iaitu Petroleum
Nasional Berhad ataupun Petronas. Sebagai imbalannya, Petronas akan
membayar peratusan dari pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang
berkenaan, seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan
Petroleum 1974, iaitu:
Sebagai
balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang
diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat
apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara
pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
mana-mana Negeri yang berkenaan.
Dengan Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian [hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak] ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya [YBM Tengku Razaleigh Hamzah]
telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan
tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara
bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak
sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka
Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk
menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan
ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada
Sarawak.[3]
Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu.[4]

Pada 9 Mei 1975
Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.
Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,
“Section 4. Cash payment by the Corporation.
In
return for the ownership and the rights, powers, liberties and
privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall
make to the Government of the Federation and the Government of any
relevant State such cash payment as may be agreed between the parties
concerned.”
Oleh
yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada
Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan
perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5%
daripada hasil pengeluaran.
Perjanjian
telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk
Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, YM Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut
terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus
setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang
ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.
Jelas
sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini
nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar
pantai Malaysia
mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan
perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh
itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam
yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan
Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.
Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.
Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut
sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu”[5]

Pada tahun 1976
Perjanjian ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia.
Orang yang menyusun Perjanjian ini adalah Peguam Cara Negara pada masa
itu, iaitu Tun Salleh Abas. Perjanjian ini menyatakan bahawa setiap dan
semua negeri di mana petroleum dijumpai akan dibayar 5% dari pendapatan
dan pendapatan ini dipanggil ROYALTI.
Semenjak itu, Terengganu, Sabah dan Sarawak menikmati ROYALTI 5% dari Petronas
17 Januari 1977
Catitan
Persidangan Parlimen mengenai PETRONAS-PERJALANAN PERKONGSIAN
PENGELUARAN - Juma'at, 7 Januari 1977, Persidangan Dewan Negara;
1. Tuan Chua Ching Cheng (Melaka) (di bawah S. O.23 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan :
(a) keputusan daripada perbincangan-perbincangan di antara PETRONAS dan beberapa syarikat minyak dan menghasilkan petroliam dalam kawasan Malaysia;
(b) berapakah syarikat (berikan nama-nama) telah menerima syarat-syarat
perjanjian yang dikemukakan oleh PETRONAS ;
(c) apakah syarat-syarat perjanjian itu.
Menteri Tak Rerpotfolio (Tan Sri Chong Hon Nyan) : Tuan Yang di-Pertua, berikutan dengan rundingan-rundingan yang telah diadakan di antara PETRONAS dan beberapa buah syarikat minyak, persetujuan muktamad telah dicapai dan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran telah ditandatangani di antara PETRONAS dengan :
(a) ............................................
(b) Royalty dan Kos Pengeluaran
PETRONAS boleh mengambil 10% daripada jumlah keluaran untuk membayar royalty kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan, manakala syarikat carigali minyak yang berkenaan boleh mengambil tidak lebih daripada 20% daripada jumlah pengeluaran......"
Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak (Selangor):

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua,
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggung jawab,mengikut Territorial Waters dan juga berkenaan dengan Continental Shelf yang mana dipakai berkenaan minyak ini, iaitu satu-satu Kerajaan Negeri misalnya, adakah kita mengikut iaitu Territorial Waters ini dipunyai oleh Kerajaan Negeri itu ataupun Continental Shelf lebih jauh lagi dipunyai oleh tiap-tiap Kerajaan Negeri. Adakah penentuan ini dibuat ataupun tidak.
Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Menteri hendak menjawab ataupun tidak,
atau hendak minta notis ?
Menteri Tak Berpotlio (Tan Sri Chong Hon Nyan) :
Tuan Yang di-Pertua, secara am sahaja saya menjawab tentang perkara ini. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum kita mengadakan satu Akta berkaitan dengan Continental Shelf dan kawasan Continental Shelf. Pengeluaran daripada Continental Shelf diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kawasan di dalam Territorial Waters ialah 3 batu dari pantai. Kawasan itu ialah terpulang kepada negeri-negeri yang berkenaan. Dalam gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberi kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalty 10% itu dibahagi kepada kedua pihak (iaitu 5% Kerajaan Persekutuan dan 5% Kerajaan Ngeri seperti jawapan di atas yang dijawab pada persidangan yang sama, pada hari yang sama).
DEWAN NEGARA
25 April 1978
Ahli Dewan Negara bertanya Royalti PETRONAS di Sabah.
PENGELUARAN M1NYAK MENTAH
8. Datuk Haji Abdul Razak bin Husain (di bawah S.O. 23 (2)) minta Perdana Menteri
menyatakan berapa peratus hasil minyak daripada pengeluaran minyak di Sabah diberi
kepada Kerajaan Negeri Sabah semenjak pengeluaran dimulakan, dan jumlah pengeluaran minyak harian, bulanan serta tahunan sehingga akhir tahun 1977.
Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, mengikut perjanjian, Petronas dikehendaki
membayar sebanyak lima peratus daripada pengeluaran kasar minyak mentah di Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai royalti.
Tuan Yang di-Pertua , oleh kerana perkara minyak ini amatlah mustahak kepada rakyat jelata di negara kita ini, saya suka memberi maklumat tambahan sebagai makluman Ahliahli Y ang Berhormat di Dewan ini.
Bagi tempoh lhb April, 1975 hingga 3lhb Disember, 1977 jumlah royalti yang telah
dibayar kepada Kerajaan Negeri Sabah ialah $78,817,387. Mengikut Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) pembahagian hasil minyak adalah seperti berikut :
Jika katakanlah jumlah pengeluaran 100; daripada itu 10% minyak royalti iaitu
untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri...."
Saya amat gembira Senator Tuan Chua Ching Cheng, Datuk Haji Abdul Razak bin Husain, Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak dan Menteri Tak Berportfolio, Tan Sri Chong Hon Nyan serta Perdana Menteri Tun Razak telah membantu menyelesaikan tuntutan Kelantan 32 tahun yang silam lagi.
Kedua-dua pengeluaran petroleum di kawasan territorial water dan continental shelf adalah termasuk dalam istilah offshore di mana semua negeri yang terdapat pengeluaran petroleum berhak mendapat bayaran 5% ke khazanah negeri tanpa sebarang syak lagi!
19 April 1989
Catitan Persidangan Parlimen.
Senator Hasan Harun - Lihat catitan persidangan DEWAN NEGARA , 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;
CARIGALI MINYAK DI KELANTAN
1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya
(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pendudukpenduduk tempatan berhubung dengan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):
Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuh puluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal menemui minyak.
Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.
Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.
Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Pada November 1999
Terengganu jatuh semula ke tangan pembangkang
Beberapa
bulan kemudian, yakni pada awal tahun 2000, kerajaan persekutuan
membatalkan pembayaran ROYALTI kepada Terengganu. Ia digantikan dengan
WANG EHSAN. Di samping itu, ia tidak dibayar kepada kerajaan negeri
tetapi kepada UMNO, yakni di bawah kawalan Idris Jusoh.
Tindakan
ini jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan juga Perjanjian
tahun 1976 yang ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di
Malaysia.
Pada 2004
Pada
tahun 2004, Terengganu jatuh semula ke tangan UMNO dan Idris Jusoh
dilantik sebagai Menteri Besar. Walau bagaimanapun, ROYALTI tetap tidak
dibayar kepada Terengganu. Kerajaan persekutuan terus membayar WANG
EHSAN, yang mana Jabatan Perdana Menteri menguruskannya dan memutuskan
apa yang harus dilakukan dengannya. Walaupun ia adalah milik kerajaan
negeri, cara wang itu dibelanjakan ditentukan oleh Perdana Menteri dan
bukan kerajaan Terengganu.
Statistik
yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan
diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak
62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.
Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.
Kekeliruan
tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan
Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu
(2008), Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada
sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.
Pada 3 Mei 2005
Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,
“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”
Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.
Petikan Berita Dalam Majalah Offshore
Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.
Kenyataan Media Hess
16 Mac 2009
Pada
16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah
diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya.
Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri danJabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721juta
bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca
sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan
sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja
iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.
Wakil
Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut
adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang
difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah
mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.
Oleh
yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada
negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun
2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum
dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan
Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa
aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran
Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin
meningkat setiap tahun.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia
Pada 28 Jun 2009
Ketua
Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi
itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan
antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.
Kenyataan Media Mustapha Mohamed
[1] Disusunatur oleh Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) - 21 Disember 2009
[2] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009
[3] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009
[4] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009
[5] PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009
No comments:
Post a Comment