KUALA TERENGGANU, Dis 26 — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz antara
dua tokoh politik berbeza parti akan ditemukan dalam debat royalti. Debat anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) itu dijangka diadakan akhir bulan depan.
“Mengikut perancangan kita selewat-lewatnya akhir Januari depan,” kata pengerusi Gegar, Dr Abdul Halim Yusof di sini.
Katanya,
dua tokoh tersebut dipilih memandangkan penyaksian hangat mereka ketika
menegakkan hujah masing-masing berhubung perkara berkenaan sebelum ini.
Pada
sidang Dewan Rakyat baru-baru ini isu berkenaan menjadi perbahasan
hangat apabila Nazri menafikan tuntutan tersebut mendorong Salahuddin
mempelawa Nazri berdebat bagi mencari titik pertemuan.
Nazri menyahut cabaran Salahuddin dengan berkata “pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”
“Bagaimanapun itu bukan fokus utama kita, sebaliknya kita lihat dari aspek kemampuan,” katanya.
Ketika
menjawab keyakinan sesi debat dapat membantu merungkai masalah terbabit
Abdul Halim berkata pendedahan hujah bersama fakta adalah objektif
utama peringkat awal usaha ke arah tersebut.
“Sekurang-kurangnya
minda rakyat lebih terbuka dalam menilai antara hak dan batil,” ujarnya
sambil menyatakan debat tersebut mungkin akan diadakan di Stadium Sultan
Mohamad IV, Kota Baru.
Gegar adalah badan NGO dilancarkan awal
bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan
mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.
Sementara
itu pengerusi bersama Gegar, Mohd Fauzi Abu Samah menegaskan wang
royalti wajar dibayar berasaskan komitmen Perdana Menteri kedua, Tun
Abdul Razak pada 12 Dis 1975 di Parlimen
yang menyebut bahawa kerajaan bersetuju untuk membayar wang tersebut kepada negeri yang berhak mengikut perjanjian 1975.
Pengeluaran
minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan
perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 yang menetapkan negeri
mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautika.
Fauzi
menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya
Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum
kerana melebihi jarak ukuran tiga batu nautika.
Kenyataan Najib
merujuk kepada Akta Pelantar Benua 1966 “ukuran melebihi tiga batu
nautika seperti dalam Akta Pelantar Benua 1966 adalah tidak relevan
malah mengelirukan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran
royalti.
“Itu akta darurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum belum wujud,” tegas Fauzi.
Dari
segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu
telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar jarak
tiga batu nautika.
Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220
kilometer di Perairan Laut China Selatan berbanding Kelantan 170
kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas
dengan kerajaan Thailand.
Fauzi turut bertegas Kerajaan
Persekutuan hendaklah menegakkan konsep federalisme yang menekankan
kepentingan hubungan harmoni antara kerajaan pusat dan negeri setelah
bidang kuasanya ditetapkan dalam perlembagaan negara.
Katanya,
amalan federalisme negeri yang berada dalam persekutuan diberikan kuasa
autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa
mereka dengan berkesan.
Sumber: Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment