Tuesday, October 30, 2012

PAHANG PUNYAI MINYAK DAN GAS - R MALAYSIA TUNTUT ROYALTI BUKAN WANG EHSAN

Poster FB untuk sebaran seluasnya.

R PAHANG diAKTIFkan!! -- SEBAR/SHARE/TAG

PM KINI AKUR ASAKKAN R PAHANG!


Akui Pahang ada Medan Minyak di Bertam, di Blok PM307, 160km dari Pahang.


# Pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014


# Sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari.



# Rizab medan minyak Bertam sbnyk 64 juta tong.

# Negeri Pahang dijangka menerima "wang ehsan" sekitar RM100 juta setahun.


Baca:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONASCarigalitemuimedanminyakBertam_Najib/m/mArticle

#### R MALAYSIA DAN R PAHANG AKAN TUNTUT ROYALTI 5%, yg jumlahnya akan lebih BANYAK dari Wang Ehsan. --- RAKYAT PAHANG BANGITLAH.


Terokkkk rapattt jikk!!
BERIKUT ADALAH LAPORAN BERITA PENUH:
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar.


"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga 2014.

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.
“Oleh itu, medan minyak itu adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

“Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.

PETRONAS Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil adalah usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum PETRONAS Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata, kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

“Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil,” katanya. - BERNAMA  

 Najib: Petronas Carigali temui medan minyak Bertam - MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib yang juga menteri kewangan berkata negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Beliau berkata penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

"Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

"Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.

Petronas Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil merupakan usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum Petronas Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil, katanya.

-Bernama  

Monday, October 29, 2012

HANYA AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 SAHAJA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PEMBAYARAN BAYARAN TUNAI @ ROYALTI KEPADA KELANTAN

Tun Mohd Salleh Abas, Pengubal Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Mantan Ketua Hakim Negara


FAKTA: HANYA AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 SAHAJA AKTA BERKAITAN PEMBERIAN ROYALTI DAN PEMILIKAN PETROLEUM!! 

-- TUN MOHD SALLEH ABAS, MANTAN KETUA HAKIM NEGARA & PENGUBAL PDA 1974.

AKTA-AKTA DIBAWAH TIDAK ADA KAITAN DENGAN PEMILIKAN DAN PEMUNYAAN PETROLEUM.

1. AKTA PELANTAR BENUA 1966 - Tidak Menentukan Pemilikan Petroleum


2. AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 - Tidak Menentukan Pemilikan Petroleum.

3. ORDINAN DARURAT1969 - Tidak Menentukan Siapa Yang Mempunyai Petroleum

4. AKTA ZON EKONOMI EKSLUSIF (EEZ) 1984 - Hanya Berkaitan Tentang Hak Kedaulatan dan Bidang Kuasa ke Atas Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia yang tiada kaitan dengan Petroleum.

TUN MOHD SALLEH ABAS
PENGUBAL AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974, MANTAN KETUA HAKIM NEGARA


Banner online untuk sebaran FB


BERIKUT ADALAH AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 DAN 
SURATCARA PENYERAHAN HAK KEPADA PETRONAS 
YANG DITANDATANGANI PADA 9 MEI 1975 ANTARA MENTERI BESAR KELANTAN YB DATO HJ MUHAMED NASIR DENGAN PENGERUSI PETRONAS, YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH PADA WAKTU ITU




 FAKTA KENYATAAN DARI HANSARD PARLIMEN, JAWAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK PADA 12 NOVEMBER 1975 MENJAWAB SOALAN DARI YB LIM KIT SIANG DI DEWAN RAKYAT. -- INI BUKTI SEJARAH YANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN!
PERSOALAN SAYA, ADAKAH PERDANA MENTERI MALAYSIA SEKARANG, IAITU DATO SERI NAJIB TUN RAZAK AKAN INGAR KEPADA PERJANJIAN YANG DIBUAT PADA ZAMAN BAPANYA DULU HANYA SEMATA-MATA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT 2 ORANG MAKHLUK DI JELI DAN BACHOK?
SAYA MENDOAKAN PM TERBUKA HATI UNTUK MEMBERIKAN ROYALTI KEPADA NEGERI KELANTAN SEBELUM TARIKH PARLIMEN DIBUBARKAN.

Thursday, October 18, 2012

SEJARAH PENUBUHAN NGO R - Dari Stadium Kepada Stadium

SEJARAH R



R diasaskan daripada perbincangan berberapa orang ANAK MUDA yang memang sejak dari tahun 2009 lagi konsisten dalam isu TUNTUTAN ROYALTI NEGERI KELANTAN. Cuma pada waktu itu platform yang aktif dalam isu tuntutan ROYALTI KELANTAN adalah GERAKAN BERTINDAK KEMBALIKAN ROYALTI RAKYAT atau lebih dikenali sebagai GEGAR yang ditubuhkan pada 25 Disember 2009. Pada waktu itu, aku dilantik menjadi Setiausaha GEGAR.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ialah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 77 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO). Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT). Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Program terbesar dan yang paling memberikan IMPAK MAKSIMUM dalam usaha tuntutan ROYALTI KELANTAN adalah program SOLAT HAJAT DAN HIMPUNAN 100,000 RAKYAT KELANTAN TUNTUT ROYALTI yang dibuat di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, Kelantan. GEGAR mendatangkan PENGASAS PETRONAS dan individu yang menandatangani perjanjian antara KELANTAN dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975 iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, penerangannya memberikan maklumat yang berguna hinggakan rakyat tidak kelu untuk menyebut "ROYALTI HAK KELANTAN".

GEGAR terus bergerak secara proaktif dengan mengadakan kempen tuntutan tandatangan daripada rakyat serta mengadakan banyak siri program penerangan dalam isu tuntutan ROYALTI hinggalah program terkini iaitu "KHEKMOH ROYALTI" diadakan sempena perlawana akhir Piala FA, perlawanan antara Kelantan dengan Sime Darby, program tersebut telah menjadi batu lonjatan kepada kebangkitan gerakan ANAK MUDA dalam usaha menuntut ROYALTI. Pada program itu sahaja lebih 10,000 tandatangan berjaya dikumpulkan, dan kemuncaknya apabila Tan Sri Annuar Musa KAFA menurunkan tandatangan sokongan seperti laporan portal Malaysiakini pada 20 Mei 2012.

DARI MANA R WUJUD?


 Asal nama R wujud daripada hasil perbincangan berberapa Aktivis GEGAR untuk membentuk satu BENDERA GERGAGI bagi dinaikan di STADIUM BUKIT JALIL sempena perlawanan akhir Piala FA. Ia sebagai signal awal kebangkitan BARU dalam usaha tuntutan ROYALTI Kelantan.

Pada 16 Mei 2012 aku menjemput berberapa orang rakan keluar minum bagi membincangkan projek khas ini, Bro Topeng Perak, Jeming Hassan, Ayie Prop, dan aku @ Syam Ghaz berjumpa di sebuah restoran di Pulau Melaka.

Antara benda yang dibincangkan, huruf apakah yang ingin diconteng pada bendera gergasi itu nanti, bermacam-macam huruf keluar antaranya "ROYALTI" "GEGAR" "MINYAK" "GAS" dan Alhamdulillah keluar dari mulutku, "kita buat huruf "R" jah... senang dan biar orang tertanya-tanya".

Perbincangan tersebut hasilnya membuat keputusan agar Jeming Hassan dan Topeng Perak membuat lakaran logo "R" yang dipersetujui, aku pula bahagian cetakan logo. 5,000 untuk logo Jeming dan 5,000 untuk logo Topeng Perak. 

Akhirnya berpuluh-puluh orang hadir ke stadium, logo yang paling banyak mendapat sambutan akhirnya kami putuskan untuk dijadikan logo rasmi R. Terim kasih buat rakan-rakan yang hadir dan andalah pencetus EVOLUSI KEBANGKITAN ANAK MUDA!

Alhamdulillah kesan signifikan daripada projek khas tersebut, isu ROYALTI bangkit kembali dikalangan ANAK-ANAK MUDA yang tertanya-tanya apakah itu "R"?

Hinggalah sekarang, "R" kini menjadi gelombang TSUNAMI kebangkitan rkyat dalam usaha menuntut ROYALTI DAN HAK PENDARATAN MINYAK & GAS KE KELANTAN. 

Pada 23 September 2012 (SABTU) akhirnya SEJARAH BARU tercipta, mesyuarat pertama R yang dijemput oleh aku sendiri untuk membincangkan agenda baru, PLATFORM BARU NGO bagi mengerakkan aktiviti-aktiviti khas, terutamanya mengfokuskan kepada Gerakan Anak Muda telah di buat di Bandar Baru Tunjong. 

Mesyuarat memutuskan, Saudara Nazri Deraman yang merupakan salah seorang yang pernah dianugerahakan sebagai Tokoh NGO Negeri Kelantan dilantik sebagai Presiden R, Haji Abu Samah Hassan, Nur Adyani dan Dr Syed Khaliq sebagai Naib Presiden R, aku sebagai Setiausaha R, Saudara Nazman selaku Bendahari R dan Nurul Ainani selaku Bendahari 2 R. Rakan-rakan lain dilantik sebagai Pengarah-Pengarah Division masing2.

R tidak bertembung dengan GEGAR, dan kami saling lengkap melengkapi secara simbiosis dengan kelompok sasar yang ditetapkan. Disitulah peranan penting aku selalu Setiausaha GEGAR dan R selaku koordinator ;)

Kempen-kempen dan program bermula dari kecil ke besar diteruskan sehinggalah "R" digeruni kawan dan lawan seperti sekarang. Aktiviti R dicoretkan di blog JEMINGHASSAN sehinggalah aku kembali menulis kembali selepas lama tidak berblogger, blog lamaku ROYALTI RAKYAT

Aku kini kembali berblog demi mencoret catitan sejarah perjuangan ROYALTI demi generasi masa hadapan. Moga Allah memberkati perjuangan kami dunia dan akhirat. AMIN

Hamba Allah SWT,

SYAM GHAZ