Saturday, November 24, 2012

SKANDAL WANG EHSAN: LESAP RM12.3 JUTA?





1. PM NAJIB 2010 - Kerajaan Persekutuan: Wang Ehsan untuk KELANTAN RM20 juta setahun. Rujuk Iklan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Malaysia pada tahun 2010.

Iklan dan kenyataan media Kerajaan Persekutuan: Kelanta layak terima wang ehsan RM20 juta setahun - 2010

2. Dato Awang Adek: Kelantan terima Wang Ehsan RM24 Juta setahun pada kenyataan media beliau pada Sinar Harian bertarikh 29 Julai 2012 lalu. Jika 3 Tahun jadi RM72 Juta. Rujuk kenyataan Media Dato Awang Adek

Kenyataan Dato Awang Adek pada 29 Julai 2012 menyebut jumlah wang ehsan Kelantan terima setiap tahun adalah RM24 juta.

3. Dato Mustapha Mohamed: Kerajaan Pusat sudah menyalurkan wang ehsan sebanyak RM61.4 juta sejak 3 tahun lalu. Atau RM20.467 setahun.
Kerajaan Pusat menyalurkan wang ihsan sebanyak RM61.4 juta sejak tiga tahun lalu untuk membantu rakyat di negeri ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120805/wt_01/Pusat-salur-wang-ihsan-RM614-juta#ixzz2D2Cyw4wl
© Utusan Melayu (M) Bhd @ RM20.6 Juta setahun. 

Rujuk Kenyataan Tok Pa pada 5 Ogos 2012 dan Iklan yang Jabatan Perdana Menteri keluarkan selepas NGO R hantar memorandum kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan pada 7 Ogos 2012  penyelewengan wang ehsan disiasat.



  Kenyataan Dato Pa di telivisyen pada 5 Ogos 2012 yang menyebut jumlah Wang Ehsan RM61.4 Juta.Rujuk Utusan Malaysia

 R menyerahkan Memorandum kepada JPP

Akibat desakan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan iklan di Sinar Harian ada 15 Ogos 2012 bagi menjawab memorandum yang diserahkan oleh NGO R.


4. Pada 23 November 2012, MENTERI KEWANGAN iaitu PM Dato Seri Najib Razak menjawab yang KELANTAN sudah terima sehingga 30 September ialah RM 49,186,529 (RM49 Juta). - Jawapan Lisan Bertulis Menteri Kewangan kepada YB Machang. Jumlah perbelanjaan seperti berikut:



PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SAIFUDIN NASUTION BIN ISMAIL [MACHANG]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 22 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian perbelanjaan wang ehsan kepada negeri Kelantan yakni jumlah dan kemana dibelanjakan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,
Bagi tempoh mulai tahun 2010 sehingga 30 September 2012 jumlah perbelanjaan Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM 49,186,529 yang telah dibelanjakan untuk bantuan seperti berikut:

i. Bantuan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah sebanyak RM20.18 juta kepada seramai 95,174 pelajar

ii. Bantuan Pelajar Cemerlang sebanyak RM 1.82 juta iaitu UPSR seramai 8,996 pelajar,PMR ( 4,000 pelajar), SPM (1,243 pe;ajar) dan STPM (390 pelajar)

iii. Bantuan kemasukan ke IPTA/Politeknik sebanyak RM 21.65 juta iaitu Diploma seramai 13,313 pelajar, ijazah (17,116 pelajar) dan matrikulasi/Asasi (4,344 pelajar)

iv. Bantuan kepada pesakit penyakit kronik sebanyak RM 134 ribu kepada 268 orang pesakit

v. Bantuan bencana sebanyak RM 3.87 juta kepada 13,286 penerima bantuan

vi. Bantuan kepada Pelajar ke Mesir sebanyak RM 696 ribu

viii. Sebanyak RM 820 ribu untuk mengadakan majlis penyampaian bantuan kepada pelajar.


ANALISIS


1. PENYELEWENGAN WANG EHSAN TELAH BERLAKU - LESAP RM12.3 JUTA

TERBUKTI Jumlah SEBENAR WANG EHSAN sentiasa berubah-rubah sejak 2010, terdapat PENYELEWENGAN yang ketara yang berlaku kerana perbezaan angka yang ketara iaitu RM12.7 juta daripada angka yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, berbanding dengan angka yang disebut oleh Dato Mustapha Mohamed, Dato Awang Adek dan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Perbezaan yang sangat ketara jumlah yang disebut oleh Menteri Kewangan iaitu RM49.1 Juta dengan jumlah yang disebutkan oleh Dato Mustapha Mohamed dan Jabatan Perdana Menteri iaitu RM61.4 juta. 

RM12.3 juta telah lesap!

2. PEMBERIAN WANG EHSAN KEPADA JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN (JPP) NEGERI KELANTAN ADALAH TIDAK SAH DAN TIDAK DIAUDIT MENYEBABKAN KETIRISAN.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975 jelas menyebut dengan jelas bahawa Bayaran Tunai / Royalti hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan. 


Tidak dinyatakan ia perlu diserahkan kepada badan lain selain daripada Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat.


Perbezaan angka yang ketara iaitu RM60 Juta, RM72 Juta, RM61.8 Juta, RM49.1 Juta menunjukan jelas disini terdapat masalah yang serius dari segi pengurusan kewangan Wang Ehsan, dimana pengagihan wang tersebut TIDAK DIAUDIT.


Laporan Kewangan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (Wang Ehsan) mestilah diaudit bagi memastikan ketelusan perbelanjaan agar tidak berlaku ketirisan RM12.7 Juta.


3. PERBELANJAAN WANG EHSAN BOROS, TIDAK SIGNIFIKAN DAN MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT


Berdasarkan jawapan bertulis Menteri Kewangan ada 23 November 2012, jelas menunjukan bahawa belanja "
mengadakan majlis penyampaian bantuan kepada pelajar" adalah berjumlah RM820 ribu. 

Jumlah itu sangat tinggi berbanding dengan jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar ke Mesir yang cuma RM696 ribu.

Disini jelas menunjukkan bahawa pembelanjaan yang tidak berhemat telah berlaku, dan pembaziran wang rakyat.


Rakyat Negeri Kelantan harus sedar penyelewengan, ketirisan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam SKANDAL WANG EHSAN, semua rakyat harus bersatu menuntut WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI mengikut perundangan bukannya WANG EHSAN yang mudah diselewengkan.

Wednesday, November 7, 2012

TUN MAHATHIR AKHIRNYA "GELEPAR" DENGAN TULISAN BLOG INI?



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

NONEMinggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.

Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata: 
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

azlanSapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak (NGO ROYALTI) meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'screenshot' lamanweb menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.
Sumber: Malaysiakini 

Sunday, November 4, 2012

KELUARGA MAHATHIR KUASAI INDUSTRI PETROLEUM NEGARA ?


Poster Untuk SEBARAN ONLINE

PENDEDAHAN HOT!!
 Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang bertarikh 2 November 2012, Jumaat melaporkan SapuraKencana Petroleum Bhd mendapat projek RM836 Juta.
Syarikat anak TUN MAHATHIR dapat projek RM836 JUTA dari Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV dimana Tun Mahathir adalah Penasihat PETRONAS BHD sehingga sekarang.
 
Projek ini membabitkan pengeluaran GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok PM301, 150km dari Kota Bharu dalam perairan Kelantan melalui syarikatnya, SapuraKencana Petroleum Bhd.
Syarikat anak Tun Mahathir, Mantan Perdana Menteri terlibat dalam syarikat yang mengeluarkan GAS Kelantan di Medan Bunga Kamelia, PM301 dalam perairan Negeri Kelantan.
Projek efektif projek ini telah bermula pada Oktober 2012 dan berakhir April 2016.

Jumlah Pengeluaran GAS dari medan ini ialah 110 Juta Kaki Padu/hari, sekiranya berasaskan pengiraan beradarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan-PETRONAS yang dimeterai pada 9 Mei 1975 yang menyebut dengan JELAS iaitu;
 "PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan di jual oleh PETRONAS atau ejen ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam Fasal 2."
Bermakna daripada pengeluaran 110 Juta kaki padu setiap hari, dalam setahun Kerajaan Negeri Kelantan layak untuk menerima ROYALTI/ BAYARAN TUNAI lebih RM100 JUTA dalam masa setahun bermula pada tahun 2013 nanti.
Persoalannya sekarang, adakah:
1. Adakah Tun Mahathir terlibat dalam mempengaruhi PETRONAS CARIGALI Sdn Bhd untuk memberikan PROJEK kepada syarikat anaknya? Sepertimana isu PETRON mendapat projek MAS (?)
 Pahang akan mendapat BAYARAN TUNAI 5% berjumlah RM100 Juta/tahun bermula tahun 2014. Mengikut laporan media pada 30 dan 31 Oktober 2012 lalu.
 2. Adakah Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdul Najib Tun Razak akan memberikan BAYARANG TUNAI 5% kepada Kerajaan Negeri Kelantan sepertimana yang beliau telah umumkan Negeri kelahirannya iaitu PAHANG layak menerima bayaran tunai sebanyak RM100 Juta setahun bermula suku ketiga 2014 nanti?
 
Lihat saja JARAK dan SAIZ TELAGA
 3. Sekiranya Perdana Menteri mengambil sikap berdiam diri, rakyat Kelantan dan Malaysia boleh mempertikai tindakan PM yang memberikan BAYARAN TUNAI 5% kepada Pahang walaupun jaraknya lebih 160km, berbanding dengan Kelantan hanya 150km sahaja?
NGO R tuntut penyelesaian isu ROYALTI Kelantan SAMA seperti PAHANG, TERENGGANU iaitu TANPA JAWATANKUASA KHAS.
 4. PETRONAS dan Kerajaan Malaysia perlulah jujur bagi menyelesaikan isu tuntutan ROYALTI/BAYARAN TUNAI Negeri Kelantan yang mana penyelesaian tanpa perlu adanya Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai adalah tidak diperlukan sama sekali sekiranya kes Pahang dijadikan panduan.
 Kenyataan media PETRONAS pada Jun 2012 lalu, GAS dalam perairan Kelantan akan disalurkan ke KERTEH, Terengganu
5. Kemanakah GAS itu akan disalurkan? adakah Kerteh atau Kemaman, Terengganu? GAS yang berada dalam perairan Kelantan di Blok PM302, PM325, PM326B akan dikeluarkan dan dipindahkan ke Kerteh, Terengganu.  
Pelaburan RM15.6B@US5.2B PETRONAS untuk membina paip gas sejauh 300km dalam Lembangan Melayu Utara (North Malay Basin) ke Kerteh.Sedangkan ke Kota Bharu (Bachok) jaraknya hanya 150km. 
 DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyatakan sokongan dengan menurunkan tandatangan diatas PLAK ROYALTI.
Fakta: SULTAN KELANTAN telah bertitah: DARATKAN GAS ke BACHOK, KELANTAN, tanah 4000 ekar telah disediakan sebagai Zon Pembangunan Industri Petroleum
Tindakan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan sekutunya Dato Mustapha Mohamed, Dato Awang Adek yang membelakangi titah Tuanku adalah satu tindakan yang boleh dianggap derhaka kepada Titah Sultan Kelantan. 
Rakyat Kelantan SEPENUHNYA menyokong TITAH DYMM Sultan Kelantan. ALLAHUAKBAR!!
Sekali lagi hak Kelantan akan dinafikan sekiranya RAKYAT KELANTAN tidak BANGKIT menuntut HAK PENDARATAN ke BUMI KELANTAN.
RAKYAT KELANTAN DAN MALAYSIA harus sedar dan UBAH mulai sekarang. Kekayaan Negara dan NEGERI kita kini diRATAH oleh anak beranak yang kononnya perjuangkan "Melayu". Rakyat Kelantan yang 96% Melayu Islam paling ramai di Malaysia dinafikan hak!
Sebar & Share.
 TEROKK RAPATT JIKK!! 

Friday, November 2, 2012

PERDANA MENTERI TIPU RAKYAT DENGAN ISTILAH "WANG EHSAN"




Akta TUNGGAL yang menjadi RUJUKAN berkaitan Pengeluaran Petroleum dan Bayaran Royalti Kepada 13 Buah Negeri di Malaysia.

PM GUNA FORMULA BAYARAN TUNAI 5 % MENGIKUT AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974, TETAPI ISTILAH “WANG EHSAN” ADALAH ISTILAH POLITIK.

Daripada pengiraan R Malaysia, jumlah wang royalti yang patut Negeri Pahang terima ialah purata RM102.65 juta setahun, bukannya RM100 juta setahun dengan harga minyak mentah semasa.

Bermakna Perdana Menteri telah mengunakan formula Bayaran Tunai atau lebih porpular dikenali ROYALTI untuk mengira jumlah pemberian “wang ehsan” kepada Kerajaan Pahang, bagi pengeluaran 20,000 tong sehari dengan mengikut Akta dan Perjanjian Antara Negeri Pahang dengan PETRONAS.  

Sekiranya KEADILAN tidak BERLAKU sekarang, Negeri lain juga berkemungkinan akan alami NASIB YANG SAMA seperti Kelantan.


Formula yang digunakan untuk PAHANG, adalah formula ROYALTI,

Jumlah Pengeluaran Minimum

17,500 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 1,916,250,000 @ RM1.916 Billion.

ROYALTI = RM 95,812,500 atau RM 95.8 Juta.

Jumlah Pengeluaran Maksimum

20,000 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 2190000000 @ RM2.19 Billion.

ROYALTI = RM 109500000 atau RM 109.5 Juta.

Jumlah Purata

Jumlah Pengeluaran Minimum x Jumlah Pengeluaran Maksimum BAHAGI dua.

RM 95.8 juta + RM 109.5 juta bahagi 2 = RM 102.65/ tahun

ANGKA yang disebut oleh Perdana Menteri 30 Oktober, iaitu RM100 JUTA adalah mengikut formula BAYARAN TUNAI @ ROYALTI yang menepati Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian PETRONAS dengan PAHANG.

Ini bermakna Negeri Pahang akan mendapat ROYALTI/BAYARAN TUNAI bukannya WANG EHSAN, sepertimana yang diumumkan. 

Istilah WANG EHSAN adalah satu istilah bagi mengkaburi mata Rakyat Negeri Kelantan dan Rakyat Negeri Terengganu daripada menuntut apa yang SAMA Negeri Pahang dapat.

Perdana Menteri mestilah berlaku adil dalam hal pemberian Bayaran Tunai (istilah Akta) @ Royalti (istilah porpular) kepada semua Negeri di Malaysia, bukan hanya untuk negerinya sahaja.
TERBUKTI!!! Apa yang NGO R dan 58 NGO di Kelantan mohon Kerajaan Negeri tolak JK Khas dan sebutkan tempohari bahawa JK Khas Bayaran Tunai hanya GIMIK PILIHARAYA untuk meredakan kebangkitan rakyat Kelantan adalah TEPAT.


TINDAKAN PM MENGENEPIKAN JAWATANKUASA BAYARAN TUNAI MEMBUKTIKAN BAYARAN ROYALTI KELANTAN BOLEH DIBAYAR TANPA ADANYA JAWATANKUASA KHAS.

Pihak R Malaysia juga ingin mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang mengenepikan Jawatankuasa Bayaran Tunai bagi Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah diumumkan pada 4 Ogos 2012 lalu.

Jawatankuasa Khas itu diumumkan oleh PM akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 bulan.Tindakan 58 NGO Kelantan Desak Kerajaan Negeri Kelantan TOLAK Jawatankuasa Khas terbukti BENAR.(Klik pd LINK utk BACA).

Kini 3 bulan sudah berlalu, sebarang keputusan dan jawatankuasa khas masih belum dibentuk untuk menyelesaikan isu tuntutan royalti Negeri Kelantan yang jumlah tunggakannya kini sudah berjumlah lebih RM10.4 Billion sejak tahun 2004 lagi.

Berlainan dalam kes Negeri Pahang, Negeri kelahiran Perdana Menteri isu pemberian bayaran tunai sudah diumumkan akan menerima RM100 juta setahun yang mana pengeluarannya masih belum bermula lagi, iaitu suku ke tiga pada tahun 2004.

Kami tuntut keadilan dan kesamarataan bagi semua Negeri di Malaysia dan Perdana Menteri perlu mengenepikan Jawatankuasa Khas yang diumumkan untuk memberikan Bayaran Tunai atau Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan kadar segera.

Jadilah PERDANA MENTERI MALAYSIA, bukannya PERDANA MENTERI PAHANG.



Pemimpin yang minta WANG EHSAN adalah mereka yang TIDAK SAYANGKAN NEGERI



KAMI TUNTUT BAYARAN TUNAI @ ROYALTI BUKAN WANG EHSAN

Kami tuntut bayaran tunai atau royalti iaitu terma yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dengan PETRONAS pada tahun 1975/76.

Istilah “Wang Ehsan” adalah istilah politik yang menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000, akhirnya Wang Royalti diberikan semula pada tahun 2008 kepada Negeri Terengganu. 

Bergitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan pada tahun 2010, dimana Kerajaan Malaysia memberikan “Wang Ehsan” RM20 Juta setahun kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti. 

Tindakan ini jelas melanggar akta dan perjanjian yang telah dibuat, kerana dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 disebut dengan jelas Wang Royalti/ Bayaran Tunai mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan kepada agensi atau badan-badan Kerajaan lain.

Justeru itu, kami menuntut Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

KAMI TUNTUT!


1)      Menuntut Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

2)      Perdana Menteri mestilah berlaku adil dalam hal pemberian Bayaran Tunai (istilah Akta) @ Royalti (istilah porpular) kepada semua Negeri di Malaysia, bukan hanya untuk negerinya sahaja.

3)      Tuntut keadilan dan kesamarataan bagi semua Negeri di Malaysia dan Perdana Menteri perlu mengenepikan Jawatankuasa Khas yang diumumkan untuk memberikan Bayaran Tunai atau Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan kadar segera.

Sekiranya HAK Hasil Bumi diNAFIKAN, Kami akan gembeling seluruh Rakyat di Malaysia untuk BANGKIT TUNTUT HAK HASIL BUMI KAMI di SELURUH NEGARA. Lihat KORIDOR KEMPEN R sekarang ini: