Friday, November 2, 2012

PERDANA MENTERI TIPU RAKYAT DENGAN ISTILAH "WANG EHSAN"




Akta TUNGGAL yang menjadi RUJUKAN berkaitan Pengeluaran Petroleum dan Bayaran Royalti Kepada 13 Buah Negeri di Malaysia.

PM GUNA FORMULA BAYARAN TUNAI 5 % MENGIKUT AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974, TETAPI ISTILAH “WANG EHSAN” ADALAH ISTILAH POLITIK.

Daripada pengiraan R Malaysia, jumlah wang royalti yang patut Negeri Pahang terima ialah purata RM102.65 juta setahun, bukannya RM100 juta setahun dengan harga minyak mentah semasa.

Bermakna Perdana Menteri telah mengunakan formula Bayaran Tunai atau lebih porpular dikenali ROYALTI untuk mengira jumlah pemberian “wang ehsan” kepada Kerajaan Pahang, bagi pengeluaran 20,000 tong sehari dengan mengikut Akta dan Perjanjian Antara Negeri Pahang dengan PETRONAS.  

Sekiranya KEADILAN tidak BERLAKU sekarang, Negeri lain juga berkemungkinan akan alami NASIB YANG SAMA seperti Kelantan.


Formula yang digunakan untuk PAHANG, adalah formula ROYALTI,

Jumlah Pengeluaran Minimum

17,500 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 1,916,250,000 @ RM1.916 Billion.

ROYALTI = RM 95,812,500 atau RM 95.8 Juta.

Jumlah Pengeluaran Maksimum

20,000 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 2190000000 @ RM2.19 Billion.

ROYALTI = RM 109500000 atau RM 109.5 Juta.

Jumlah Purata

Jumlah Pengeluaran Minimum x Jumlah Pengeluaran Maksimum BAHAGI dua.

RM 95.8 juta + RM 109.5 juta bahagi 2 = RM 102.65/ tahun

ANGKA yang disebut oleh Perdana Menteri 30 Oktober, iaitu RM100 JUTA adalah mengikut formula BAYARAN TUNAI @ ROYALTI yang menepati Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian PETRONAS dengan PAHANG.

Ini bermakna Negeri Pahang akan mendapat ROYALTI/BAYARAN TUNAI bukannya WANG EHSAN, sepertimana yang diumumkan. 

Istilah WANG EHSAN adalah satu istilah bagi mengkaburi mata Rakyat Negeri Kelantan dan Rakyat Negeri Terengganu daripada menuntut apa yang SAMA Negeri Pahang dapat.

Perdana Menteri mestilah berlaku adil dalam hal pemberian Bayaran Tunai (istilah Akta) @ Royalti (istilah porpular) kepada semua Negeri di Malaysia, bukan hanya untuk negerinya sahaja.
TERBUKTI!!! Apa yang NGO R dan 58 NGO di Kelantan mohon Kerajaan Negeri tolak JK Khas dan sebutkan tempohari bahawa JK Khas Bayaran Tunai hanya GIMIK PILIHARAYA untuk meredakan kebangkitan rakyat Kelantan adalah TEPAT.


TINDAKAN PM MENGENEPIKAN JAWATANKUASA BAYARAN TUNAI MEMBUKTIKAN BAYARAN ROYALTI KELANTAN BOLEH DIBAYAR TANPA ADANYA JAWATANKUASA KHAS.

Pihak R Malaysia juga ingin mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang mengenepikan Jawatankuasa Bayaran Tunai bagi Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah diumumkan pada 4 Ogos 2012 lalu.

Jawatankuasa Khas itu diumumkan oleh PM akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 bulan.Tindakan 58 NGO Kelantan Desak Kerajaan Negeri Kelantan TOLAK Jawatankuasa Khas terbukti BENAR.(Klik pd LINK utk BACA).

Kini 3 bulan sudah berlalu, sebarang keputusan dan jawatankuasa khas masih belum dibentuk untuk menyelesaikan isu tuntutan royalti Negeri Kelantan yang jumlah tunggakannya kini sudah berjumlah lebih RM10.4 Billion sejak tahun 2004 lagi.

Berlainan dalam kes Negeri Pahang, Negeri kelahiran Perdana Menteri isu pemberian bayaran tunai sudah diumumkan akan menerima RM100 juta setahun yang mana pengeluarannya masih belum bermula lagi, iaitu suku ke tiga pada tahun 2004.

Kami tuntut keadilan dan kesamarataan bagi semua Negeri di Malaysia dan Perdana Menteri perlu mengenepikan Jawatankuasa Khas yang diumumkan untuk memberikan Bayaran Tunai atau Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan kadar segera.

Jadilah PERDANA MENTERI MALAYSIA, bukannya PERDANA MENTERI PAHANG.



Pemimpin yang minta WANG EHSAN adalah mereka yang TIDAK SAYANGKAN NEGERI



KAMI TUNTUT BAYARAN TUNAI @ ROYALTI BUKAN WANG EHSAN

Kami tuntut bayaran tunai atau royalti iaitu terma yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dengan PETRONAS pada tahun 1975/76.

Istilah “Wang Ehsan” adalah istilah politik yang menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000, akhirnya Wang Royalti diberikan semula pada tahun 2008 kepada Negeri Terengganu. 

Bergitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan pada tahun 2010, dimana Kerajaan Malaysia memberikan “Wang Ehsan” RM20 Juta setahun kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti. 

Tindakan ini jelas melanggar akta dan perjanjian yang telah dibuat, kerana dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 disebut dengan jelas Wang Royalti/ Bayaran Tunai mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan kepada agensi atau badan-badan Kerajaan lain.

Justeru itu, kami menuntut Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

KAMI TUNTUT!


1)      Menuntut Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

2)      Perdana Menteri mestilah berlaku adil dalam hal pemberian Bayaran Tunai (istilah Akta) @ Royalti (istilah porpular) kepada semua Negeri di Malaysia, bukan hanya untuk negerinya sahaja.

3)      Tuntut keadilan dan kesamarataan bagi semua Negeri di Malaysia dan Perdana Menteri perlu mengenepikan Jawatankuasa Khas yang diumumkan untuk memberikan Bayaran Tunai atau Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan kadar segera.

Sekiranya HAK Hasil Bumi diNAFIKAN, Kami akan gembeling seluruh Rakyat di Malaysia untuk BANGKIT TUNTUT HAK HASIL BUMI KAMI di SELURUH NEGARA. Lihat KORIDOR KEMPEN R sekarang ini:


No comments:

Post a Comment