Saturday, November 24, 2012

SKANDAL WANG EHSAN: LESAP RM12.3 JUTA?





1. PM NAJIB 2010 - Kerajaan Persekutuan: Wang Ehsan untuk KELANTAN RM20 juta setahun. Rujuk Iklan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Malaysia pada tahun 2010.

Iklan dan kenyataan media Kerajaan Persekutuan: Kelanta layak terima wang ehsan RM20 juta setahun - 2010

2. Dato Awang Adek: Kelantan terima Wang Ehsan RM24 Juta setahun pada kenyataan media beliau pada Sinar Harian bertarikh 29 Julai 2012 lalu. Jika 3 Tahun jadi RM72 Juta. Rujuk kenyataan Media Dato Awang Adek

Kenyataan Dato Awang Adek pada 29 Julai 2012 menyebut jumlah wang ehsan Kelantan terima setiap tahun adalah RM24 juta.

3. Dato Mustapha Mohamed: Kerajaan Pusat sudah menyalurkan wang ehsan sebanyak RM61.4 juta sejak 3 tahun lalu. Atau RM20.467 setahun.
Kerajaan Pusat menyalurkan wang ihsan sebanyak RM61.4 juta sejak tiga tahun lalu untuk membantu rakyat di negeri ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120805/wt_01/Pusat-salur-wang-ihsan-RM614-juta#ixzz2D2Cyw4wl
© Utusan Melayu (M) Bhd @ RM20.6 Juta setahun. 

Rujuk Kenyataan Tok Pa pada 5 Ogos 2012 dan Iklan yang Jabatan Perdana Menteri keluarkan selepas NGO R hantar memorandum kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan pada 7 Ogos 2012  penyelewengan wang ehsan disiasat.



  Kenyataan Dato Pa di telivisyen pada 5 Ogos 2012 yang menyebut jumlah Wang Ehsan RM61.4 Juta.Rujuk Utusan Malaysia

 R menyerahkan Memorandum kepada JPP

Akibat desakan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan iklan di Sinar Harian ada 15 Ogos 2012 bagi menjawab memorandum yang diserahkan oleh NGO R.


4. Pada 23 November 2012, MENTERI KEWANGAN iaitu PM Dato Seri Najib Razak menjawab yang KELANTAN sudah terima sehingga 30 September ialah RM 49,186,529 (RM49 Juta). - Jawapan Lisan Bertulis Menteri Kewangan kepada YB Machang. Jumlah perbelanjaan seperti berikut:



PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SAIFUDIN NASUTION BIN ISMAIL [MACHANG]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 22 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian perbelanjaan wang ehsan kepada negeri Kelantan yakni jumlah dan kemana dibelanjakan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,
Bagi tempoh mulai tahun 2010 sehingga 30 September 2012 jumlah perbelanjaan Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM 49,186,529 yang telah dibelanjakan untuk bantuan seperti berikut:

i. Bantuan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah sebanyak RM20.18 juta kepada seramai 95,174 pelajar

ii. Bantuan Pelajar Cemerlang sebanyak RM 1.82 juta iaitu UPSR seramai 8,996 pelajar,PMR ( 4,000 pelajar), SPM (1,243 pe;ajar) dan STPM (390 pelajar)

iii. Bantuan kemasukan ke IPTA/Politeknik sebanyak RM 21.65 juta iaitu Diploma seramai 13,313 pelajar, ijazah (17,116 pelajar) dan matrikulasi/Asasi (4,344 pelajar)

iv. Bantuan kepada pesakit penyakit kronik sebanyak RM 134 ribu kepada 268 orang pesakit

v. Bantuan bencana sebanyak RM 3.87 juta kepada 13,286 penerima bantuan

vi. Bantuan kepada Pelajar ke Mesir sebanyak RM 696 ribu

viii. Sebanyak RM 820 ribu untuk mengadakan majlis penyampaian bantuan kepada pelajar.


ANALISIS


1. PENYELEWENGAN WANG EHSAN TELAH BERLAKU - LESAP RM12.3 JUTA

TERBUKTI Jumlah SEBENAR WANG EHSAN sentiasa berubah-rubah sejak 2010, terdapat PENYELEWENGAN yang ketara yang berlaku kerana perbezaan angka yang ketara iaitu RM12.7 juta daripada angka yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, berbanding dengan angka yang disebut oleh Dato Mustapha Mohamed, Dato Awang Adek dan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Perbezaan yang sangat ketara jumlah yang disebut oleh Menteri Kewangan iaitu RM49.1 Juta dengan jumlah yang disebutkan oleh Dato Mustapha Mohamed dan Jabatan Perdana Menteri iaitu RM61.4 juta. 

RM12.3 juta telah lesap!

2. PEMBERIAN WANG EHSAN KEPADA JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN (JPP) NEGERI KELANTAN ADALAH TIDAK SAH DAN TIDAK DIAUDIT MENYEBABKAN KETIRISAN.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975 jelas menyebut dengan jelas bahawa Bayaran Tunai / Royalti hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan. 


Tidak dinyatakan ia perlu diserahkan kepada badan lain selain daripada Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat.


Perbezaan angka yang ketara iaitu RM60 Juta, RM72 Juta, RM61.8 Juta, RM49.1 Juta menunjukan jelas disini terdapat masalah yang serius dari segi pengurusan kewangan Wang Ehsan, dimana pengagihan wang tersebut TIDAK DIAUDIT.


Laporan Kewangan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (Wang Ehsan) mestilah diaudit bagi memastikan ketelusan perbelanjaan agar tidak berlaku ketirisan RM12.7 Juta.


3. PERBELANJAAN WANG EHSAN BOROS, TIDAK SIGNIFIKAN DAN MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT


Berdasarkan jawapan bertulis Menteri Kewangan ada 23 November 2012, jelas menunjukan bahawa belanja "
mengadakan majlis penyampaian bantuan kepada pelajar" adalah berjumlah RM820 ribu. 

Jumlah itu sangat tinggi berbanding dengan jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar ke Mesir yang cuma RM696 ribu.

Disini jelas menunjukkan bahawa pembelanjaan yang tidak berhemat telah berlaku, dan pembaziran wang rakyat.


Rakyat Negeri Kelantan harus sedar penyelewengan, ketirisan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam SKANDAL WANG EHSAN, semua rakyat harus bersatu menuntut WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI mengikut perundangan bukannya WANG EHSAN yang mudah diselewengkan.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
    beri 4 angka [4921] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
    insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 770 JUTA ,

    PESUGIHAN DANA GAIB

    PESUGIHAN UANG BALIK
    DAN PESUGIHAN TUYUL

    ReplyDelete