Saturday, December 1, 2012

Kisah Rakyat Ingin Berjumpa Pemimpin Zalim

27 November 2012, satu sejarah baru dicipta. Dimana iltizam Aktivis R tidak mengenal erti takut telah hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2012, kali ke 66 di PWTC ketika Presiden UMNO tengah berucap.

Kami hanya 7 orang, berdepan dengan lebih 5,000 orang ahli UMNO seluruh Malaysia. Tiada langsung sedikit gentar dihati kami, kerana bagi kami UMNO juga adalah PARTI POLITIK yang perlu NGO R santuni untuk mendapatkan sokongan daripada parti Melayu tertua di Malaysia itu. 

Kami membawa suara 160,000 rakyat Kelantan yang telah menurunkan tandatangan diatas petisyen Tuntut Royalti Kelantan dan majoriti penduduk Kelantan agar ROYALTI MINYAK DIBERIKAN KEPADA KELANTAN.

Tetapi akhinya sangat mendukacitakan, mereka menolak kehadiran kami untuk menyerahkan memorandum kepada PM agar dibawa usul tergempar bagi memberikan royalti kepada Kelantan.


























No comments:

Post a Comment