Monday, April 29, 2013

7 JANJI DICAPATI


7 JANJI DICAPATI oleh Kerajaan Malaysia.

1. Pembayaran Royalti 5% Seperti Perjanjian 1975
2. Pendaratan Gas Ke Bachok Seperti Titah KDYMM Sultan Kelantan
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Sejak 1986
4. Lebuhraya KB - Gua Musang Sejak 1986
5. Tebatan Banjir Sg Golok Sejak RMK7 (1995-2000)
6. Projek Perlabuhan Ikan dan Supplu Base Sejak 1978
7. 118 Projek Sejak Sebelum 1990 hingga sekarang.

** Selaku pengundi yang bijaksana pada PRU13 nanti, PILIHlah PARTI yang tidak mengkhianati dan mendiskriminasi Negeri KITA semua.

Kita Kekalkan Kerajaan Islam Kelantan dan TUKAR Pemerintahan Malaysia yang ada sekarang, InsyaAllah 7 perkara tersebut akan dapat dirasai oleh segenap rakyat di Negeri Kelantan.

** SEBAR/SHAREkan, setiap SHARE anda akan memberi kesan kepada kejatuhan regim yg menafikan hak kita.






Kemana Peruntukan TEBATAN BANJIR SUNGAI GOLOK?


RANTAU PANJANG, 30 Okt: Peruntukan sebanyak RM20 juta diumum diluluskan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah limpahan Sungai Golok, namun sehingga hari ini projek itu belum kelihatan.
Lebih mendebarkan lagi musim banjir makin menjelma. Hujan yang turun sekali sekala lebat sehari dua ini membuatkan paras air di sungai utama di Kelantan mulai meningkat.

Angota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, lebih mendukacitakan lagi projek tebatan banjir di Sungai Golok difahamkan sudah disenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-7.
”Tetapi mengapa sehingga sekarang projek tersebut belum lagi kelihatan. Dan baru-baru ini sekali lagi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memberitahu peruntukan sebanyak RM20 juta dilulus.
“Rakyat di sini hendak tanya bila projek hendak dimulakan, lagi pun sekarang sudah masuk musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan dengan masyarakat Siam Kampung Degong, Gual Periuk semalam.

Baru-baru ini Pengarah JPP, Makhtar Mustapha dilaporkan berkata, kerajaan pusat melulus peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membaik pulih tebing Sungai Golok untuk mengelak limpahan banjir dari negara jiran.

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengumumkan projek tebatan banjir bernilai lebih RM2 bilion di Kelantan.

Pekan Rantau Panjang yang menempatkan kawasan bebas cukai hampir setiap tahun ditenggelami air bah pada musim tengkujuh ekoran limpahan air Sungai Golok.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan pusat melalui pelbagai agensi yang terdapat di Kelantan dapat menyediakan bot bagi kegunaan masyarakat Siam dan Melayu yang tinggal di kawasan yang sering ditenggelami banjir.

”Biar pun pasukan Bomba dan Penyelamat dan agensi lain membantu mangsa-mangsa banjir, namun belum mencukupi terutamanya di Kampung Kubang Siput dan kawasan sekitarnya.

“Saya berharap bantuan kemudahan bot dapat disediakan sebelum banjir melanda tahun ini,” ujarnya.
Pada majlis itu beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 40 penduduk keturunan Siam. Program itu diadakan di perkarangan Wakaf Muhibbah.

Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra? Apa statusnya sekarang?


Kota Bharu airport akan dinaik taraf untuk menampung kod 4C penuh operasi pesawat. Kerja-kerja utama akan termasuk menaik taraf infrastruktur di airside. Kerja di atas lanjutan landasan akan bermula pada Oktober ke-3 2010. Semua kerja dijangka siap menjelang September 2011. Apabila siap, panjang landasan akan menjadi 2400 meter (2.4 kilometer). Ini adalah cadangan pembangunan.
Daripada AIC Malaysia:
 MAKLUMAT PENERBANGAN WILAYAH KUALA LUMPUR 
Kota Bharu / SULTAN ISMAIL PETRA AIRPORT 
PENAIKTARAFAN Lapangan Terbang Kota Bharu
1. PENGENALAN
1.1 Lapangan Terbang Kota Bharu akan dinaik taraf untuk menampung operasi pesawat Kod 4C penuh. Kerja-kerja utama termasuk menaik taraf infrastruktur di airside. Semua kerja-kerja yang dijadualkan
siap pada September 2011.
2. TUJUAN
2.1 Tujuan Pekeliling ini Maklumat Penerbangan (AIC) adalah untuk menyediakan maklumat terlebih dahulu dan nasihat mengenai skop kerja-kerja yang berkaitan dengan Lapangan Terbang Kota Bharu menaik taraf program. AIC ini akan diikuti oleh beberapa Tambahan AIP yang akan memberikan butir-butir kerja-kerja menaik taraf, pengenalan kemudahan baru dan semakan kepada prosedur yang sedia ada.
3. PERGERAKAN PESAWAT KAWASAN DAN KEMUDAHAN SAMPINGAN
3.1 Panjang landasan sedia ada 1981m x 45m akan diperluaskan dari Landasan Ambang 28 sebanyak 491 meter. Apabila siap panjang landasan akan menjadi 2400m x 45m. Landasan Akhir Keselamatan Kawasan (RESA) 90m x 90m disediakan di landasan kedua-duanya berakhir.
3.2 taxiway selari separa baru akan diperkenalkan untuk menyambung Apron Parking Ambang Runway 28 dan, dalam usaha untuk meningkatkan pergerakan pesawat, taxiway menghubungkan akan disediakan pada 2000 meter dari Ambang Runway 10.
3.3 VDGS yang sedia ada di Bay 1, 2 dan 3 akan disusun semula untuk memenuhi keperluan jarak pemisahan Kod C pesawat.
3.4 Satu apron baru untuk operasi helikopter akan disediakan.
3.5 Stesen kajicuaca yang sedia ada akan dipindahkan ke tapak baru.
3.6 Airport saliran sistem, pagar keselamatan dan airside jalan perimeter bagi kawasan dilanjutkan akan disediakan.
4. PELAYARAN AIDS DAN VISUAL AIDS
4.1 Aerodrome baru Ground Lampu (AGL) akan disediakan untuk landasan panjang, taxiway baru selari dan menghubungkan taxiway.
4.2 Pendekatan Mudah Sistem Lampu untuk Runway 28 akan dipindahkan pada kedudukan baru untuk landasan panjang.
PAPI 4.3 untuk Runway 28 akan dipindahkan ke kedudukan yang baru. Lampu ambang Baru dan tanda-tanda untuk Runway 28 juga akan disediakan.
4.4 Localizer ILS sedia ada akan dipindahkan pada kedudukan baru untuk landasan panjang. Detail downtime Localizer ILS akan disiarkan dalam Tambahan AIP.
5. STRUKTUR DAN PROSEDUR ruang udara
5.1 menaik taraf Lapangan Terbang Kota Bharu menggabungkan semakan prosedur sedia ada ruang udara, ketibaan dan berlepas selaras dengan landasan panjang. SIDS dan
Bintang akan diperkenalkan untuk meningkatkan aliran trafik. Bukan ketepatan pendekatan dan prosedur pendaratan akan disediakan termasuk prosedur RNAV. Laluan udara akan diselaraskan dengan carta yang berkaitan disemak.
DATO 'Azharuddin Abdul Rahman.
Ketua Pengarah
Jabatan Penerbangan Awam
Malaysia.

Perlabuhan Tok Bali - Dimanakah PEMBANGUNAN YANG DIJANJIKAN?

 


Daripada laporan projek perlabuhan Tok Bali mampu menjana lebih 200 ribu peluang pekerjaan, sehingga kini masih tidak menampakkan hasil.

Rujuk:

Lebih 200-ribu penduduk di Kawasan Dewan Undangan Pasir Puteh, Kelantan BAKAL menikmati manfaat daripada pelan Pembangunan Tok Bali, di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECER). Ia melibatkan peruntukan lebih 230 juta ringgit daripada Kerajaan Persekutuan dan 3-billion ringgit melibatkan sektor swasta. Azizah Yaccob meninjau perancangan pembangunan di kawasan berkenaan.

Tok Bali sebelum ini merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terpinggir daripada arus pembangunan dan modenisasi kerana lokasinya yang dipisahkan oleh Sungai Semerak. Pembangunan di kampung itu bermula selepas pembinaan sebuah jambatan konkrit merentasi Sungai Semerak dan rangkaian jalan raya, termasuk jalan pantai menghubungkan Kuala Besut, Terengganu-Tok Bali-Bachok dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tok Bali dibangunkan pada tahun 1996 menerusi projek pembinaan jambatan merentasi Terusan Tok Bali yang dahulunya daratan di bawah Projek Kemasin Semerak (Perkasa) pada waktu itu. 

Ketua UMNO, Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata "Projek pelabuhan Tok Bali yang diusahakan oleh East Coast Terminal Sdn. Bhd. membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan rakyat Kelantan dalam menyediakan infrastruktur. Ia bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri yang menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, selain meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.
Di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) juga kerajaan turut merancang untuk membina pelbagai kemudahan infrastruktur seperti menaik taraf lapangan terbang domestik kepada antarabangsa dan membina lebuh raya di negeri ini sebagai pemangkin pembangunan ekonomi Kelantan. Projek lain pembinaan pelabuhan perikanan bernilai 90 juta ringgit menerusi tiga fasa. Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kelantan juga telah membina Terusan Semerak bagi tujuan tambatan banjir dan pengaliran untuk pertanian di Tok Bali.
Pembangunan di kawasan Tok Bali Kelantan, bukti kerajaan Persekutuan sentiasa memberi memberi tumpuan kepada kepada kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Yang penting  rakyat di peringkat akar umbi terus menikmati pembangunan dan kemajuan negara. Fokus Politik dan Pembangunan, Azizah Yaccob Untuk Berita Radio, RTM. 



LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KELANTAN DINAFIKAN


Hab udara bagi timur laut Malaysia: Kesibukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Foto: Muhd Aizat

Pengenalan:
Pertanyaan berkenaan bilakah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia akan dinaik taraf kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa merupakan pertanyaan yang paling kerap ditanya oleh sebilangan besar rakyat Kelantan berbanding projek-projek infrastruktur lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur Fasa III (Kuala Terengganu - Kota Bharu - Pengkalan Kubor), Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK), Lebuh Raya Utama Tengah (CSE), Hospital Bachok (HB), projek tebatan banjir Sungai Golok, dan Pelabuhan Tok Bali (PTB).

Lokasi:
KBR terletak di sebelah timur laut Malaysia (Semenanjung Malaysia) dan dua buah lapangan terbang yang paling hampir dengannya ialah Lapangan Terbang Narathiwat (NAW), Thailand dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu (TGG), Terengganu, Malaysia. KBR berfungsi sebagai salah satu pintu keluar masuk utama Malaysia dari arah timur laut Malaysia. Lapangan terbang ini terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia melalui Jalan Tok Guru (dahulunya dikenali sebagai Jalan Pengkalan Chepa).

Politik & Lapangan Terbang:
Cadangan untuk menaik taraf lapangan terbang ini kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa bukanlah satu cadangan baharu telah wujud sejak 1986 lagi oleh Kerajaan Pusat. Proses pengambilan tanah ratusan hektar telah dibuat oleh Kerajaan Pusat dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) untuk menaik taraf lapangan terbang ini kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut tidak diteruskan apabila parti yang menerajui Kerajaan Pusat, iaitu Barisan Nasional (parti UMNO sebagai komponen utama) gagal mempertahankan kuasa bagi peringkat kerajaan negeri di Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang.

Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006 - 2010), landasan KBR sepatutnya dipanjangkan dari 1,981 meter kepada 3,200 meter dan bukannya setakat 2,400 meter seperti yang dilaksanakan pada penghujung penggal RMK-9 tersebut.

Menurut Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan tanggungjawab dalam hal ehwal penerbangan yang merangkumi penerbangan awam, pembangunan lapangan terbang, perlesenan, dan sebagainya berada di bawah tanggungjawab dan peranan Kerajaan Pusat tanpa mengambil kira pihak yang menerajui sesebuah negeri itu berlainan dengan pihak yang menerajui Kerajaan Pusat. UMNO Kelantan telah menjadikan cadangan untuk menaik taraf KBR kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa sebagai umpan untuk memancing undi rakyat Kelantan sedangkan UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Kerajaan Pusat. Secara logiknya, mereka perlu meneruskan projek ini tanpa sebarang alasan kerana projek ini memang di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri Kelantan walaupun pihak mana yang menerajuinya tidak mempunyai apa-apa kuasa atau mengambil tindakan untuk menaik taraf lapangan terbang ini kecuali bagi proses pengambilan tanah untuk pembesaran dan naik taraf lapangan terbang. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa dari segi pelaksanaan projek naik taraf lapangan terbang. Paling mengejutkan apabila orang yang pernah mengaku di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN Kelantan) bahawa Kerajaan Pusat menyekat bantuan untuk rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan (Sila klik http://www.youtube.com/watch?v=MAhddRgwHeU), orang itu jugalah berkata bahawa projek naik taraf lapangan terbang ini kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa akan dimulakan sebaik sahaja UMNO Kelantan berjaya mengalahkan PAS bagi menerajui Kerajaan Negeri Kelantan nanti melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRUK-13). Po ciss!

Kesimpulannya pihak yang menerajui Kerajaan Pusat pada ketika ini, iaitu UMNO (termasuk UMNO Kelantan) tidak bertanggungjawab (mati seksok, jawab dalam kubur kerana tidak berlaku adil kepada semua rakyat) dan sengaja melengah-lengahkan projek ini dan dalam masa yang sama mereka mendabik dada sebagai pembela rakyat Kelantan dengan mengatakan rakyat Kelantan tidak pernah dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat. Secara realitinya dalam kehidupan sebuah keluarga campuran, sebagai anak tiri memang kita dapat makan juga masakan emak tiri tetapi dalam bab-bab kasih sayang, mungkin emak tiri kita lebih sayangkan adik-beradik tiri kita. Jika setakat bagi peruntukan sekian-sekian jumlahnya tetapi negeri-negeri lain mendapat peruntukan lagi besar walaupun negeri tersebut tidak memerlukan peruntukan sebesar itu, itu namanya tidak menganaktirikan?

Keperluan Naik Taraf Lapangan Terbang:
 KBR berjaya mencatatkan jumlah pengendalian penumpang melebihi 1,000,000 penumpang setahun sejak 2009 dan jumlah pengendalian penumpang bertambah dengan begitu ketara setiap tahun sehingga 'memaksa' syarikat penerbangan terutamanya Firefly dan AirAsia menambah kekerapan penerbangan serta memperkenalkan laluan baharu terutamanya laluan Kota Bharu - Johor Bahru (mulai 26 April 2012) dan laluan Kota Bharu - Singapura (mulai 10 Ogos 2012). Berikut merupakan komponen-komponen naik taraf lapangan terbang ini mengikut keutamaan (Nota: No. 1 paling utama dan seterusnya):-
  1. Landasan perlu dipanjangkan dan dilebarkan dari 2,400 meter x 45 meter kepada 3,500 meter x 60 meter bagi mengendalikan pesawat lebih besar terutamanya A330-300, B777-200, dan B747-400 sekali gus dapat mengadakan penerbangan haji terus ke Jeddah dan Madinah sepertimana yang disarankan oleh KDYMM Tuanku Muhammad V baru-baru ini semasa sambutan hari keputeraan rasmi baginda (11 - 12 November 2012). 
  2. Pembesaran bangunan terminal sedia ada untuk keselesaan pengguna lapangan terbang. Tapak dan bangunan terminal lama boleh dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembesaran terminal. Keluasan terminal sedia ada adalah 12,000 meter persegi. 
  3. Menara kawalan baharu yang lebih tinggi di tapak balai bomba lapangan terbang yang sedia ada sekarang. Manakala balai bomba lapangan terbang boleh dipindahkan ke kawasan radar lapangan terbang ini atau dengan kata lain di seberang landasan berhampiran Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK).
Bilakah ia akan dinaik taraf kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa? Jawapannya lambat lagi selagi UMNO dan Barisan Nasional masih menerajui Kerajaan Pusat. Hal ini kerana walaupun mereka sekarang berkuasa di peringkat Kerajaan Pusat, mereka tidak mahu menaik taraf lapangan terbang ini kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa sedangkan perkara ini memang tanggungjawab Kerajaan Pusat. Jadi, rakyat perlu memberi peluang kepada orang lain pula untuk menerajui Kerajaan Pusat nanti.

Syarikat penerbangan manakah yang beroperasi di lapangan terbang ini? 
  1. AirAsia (www.airasia.com): Laluan Kota Bharu - Kuala Lumpur
  2. Firefly (www.fireflyz.com.my): Laluan Kota Bharu - Singapura, Kota Bharu - Subang, Kota Bharu - Pulau Pinang, dan Kota Bharu - Johor Bahru.
  3. Penerbangan Malaysia (www.malaysiaairlines.com): Laluan Kota Bharu - Kuala Lumpur.

#Nota ini ditulis oleh Ketua Pentadbir KBBRI, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Sunday, February 24, 2013

3 BATU NAUTIKA - KULI SINDIR DATO PA



  Video Ucapan KULI vs Dato Pa

Isu 3 Batu Nautika adalah HUJAH UTAMA dari pihak Kerajaan Malaysia, terutamanya dari pimpinan Barisan Nasional dan UMNO Kelantan seperti dari mulut Dato Pa dan Awe Adek.

Sedangkan isu ini langsung tiada termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan-PETRONAS pada 9 Mei 1975 yang ditandatangani sendiri oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, pada waktu itu beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Pertama PETRONAS.

TERBARU, tentang tindakan beliau menyokong Tuntutan ROYALTI Kelantan, walaupun dilihat tidak porpulis dikalangan pemimpin UMNO/BN lain, beliau dikenang sebagai Negarawan dihati rakyat dalam isu tuntutan Royalti Kelantan.

SEKARANG, anda nilailah sendiri ucapan TERBARU dari kedua2 ucapan pemimpin UMNO ini, yang manakah BENAR atau TIDAK?

Demi rakyat, SERAHKANlah ROYALTI KAMI, ketepikan politik sempit dan balas dendam, UTAMAKAN RAKYAT yang memerlukan. Sudah 23 tahun Kelantan ditindas, CUKUPLAH!

Berikan Hak Rakyat!

Sunday, February 17, 2013

KERETAPI LAJU KB - KUALA LUMPUR REALITI @ FANTASI




Berikut adalah analisis ringkas saya berkaitan tajuk di atas.

KERETAPI LAJU ETS: KOTA BHARU - KUALA LUMPUR : 4 JAM!!!

Berikut adalah cadangan awal dari R untuk salah satu cadangan penggunaan WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI nanti kepada Kerajaan Negeri.

Jumlah yang tertunggak adalah sebanyak RM12.Billion, dan jumlah yang patut Kelantan terima tahunan adalah RM900 juta setahun.

Adakah Rasional Jika R Syorkan Dalam Pelan Penggunaan Wang Royalti kepada Rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Justifikasi Cadangan R

1. KOS PELABURAN YANG BERBALOI

i. Keretapi Laju ETS telah dilaksanakan di Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang hanya mengambil masa 2 jam untuk 300km perjalanan.

ii. Kos untuk MEMBELI 5 buah keretapi laju dari Korea cuma RM250 Juta sahaja, baca: kos pembelian kelima-lima set kereta api tersebut adalah sebanyak RM250 juta. - iaitu RM50 JUTA sebuah. Baca: Artikel Penuh: Utusan

iii. Ia mampu membawa 35o orang setiap set, bermakna 5 set mampu membawa 1,750 orang.

iv. Kabinet Malaysia juga sebenarnya TELAH MELULUSKAN projek Keretapi Laju dari KL - KUANTAN pada tahun 2006, sehingga kini menyepi, rujuk: UTUSAN 


2. JARAK PERJALANAN SINGKAT DAPAT MENJIMATKAN MASA

i. Jarak perjalanan melalui KTM Express Wau terbaru, mengambil masa lebih 12 jam dari KB ke Kuala Lumpur.

ii. Melalui Bas mengambil masa antara 8 hingga 9 jam

iii. Melalui Kenderaan persendirian, mengambil masa 6 - 8 jam.

iv. Melalui laluan keretapi melebihi 500km (angka tepat tidak diperolehi dari KTM selepas dihubungi tadi), dengan kelajuan 140km/jam, maka masa perjalanan mengambil masa antara 4 jam +/-.

 

3. IA MAMPU MENARIK PELABURAN BARU & ANAK KELANTAN PERANTAU BERMASTAUTIN DI KELANTAN

i. Dengan jarak masa yang singkat, jumlah penumpang dan pengguna keretapi laju ETS meningkat, seterusnya akan meningkatkan tahap sosio ekonomi setempat.

ii.  Semua terminal Keretapi Laju di Kelantan seperti di

1. Gua Musang
2.Dabong
3. Kuala Krai
4.Tanah Merah
5. Pasir Mas
6. Wakaf Bharu

iii. Rakyat akan merasai nikmat pembangunan ekonomi, dengan nilai tanah pembangunan bandar-bandar baru disebatkan limpahan pengguna keretapi laju. Terminal BARU juga boleh diwujudkan disepanjang laluan tersebut.

** Yang paling BEST, rakyat Kelantan yang berada di perantauan boleh balik hari-hari tanpa memikirkan rasa letih untuk membawa kenderaan melalui JALAN NEGERI TERBURUK di Malaysia (Kuala Lipis-Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Kota Bharu).


Untuk menampakkan idea ini lagi RASIONAL, kita cadangkan WUJUDKAN KERETAPI LAJU dari KL - KUANTAN - KUALA TERENGGANU - KOTA BHARU. Ia akan meningkatkan impak SOSIO EKONOMI NEGERI PANTAI TIMUR MALAYSIA.