Thursday, November 27, 2014

PRU14: BN TUBUH KABINET BAYANGAN PERINTAH KELANTAN?



KRITIKAL 21 DUN MARGINAL KELANTAN adalah pemboleh ubah PRU14.
DUN Marginal:

* PAS dan PKR : 14 DUN
* BN : 7 DUN




14 DUN PAS boleh dirampas oleh BN, terutamanya jika mengambilkira:


1. Pola pengundian terutama Pengundi Muda dan Sindrom Pengundi Luar tidak balik mengundi sewaktu PRU DUN Pengkalan Kubor. Kg Bunohan dalam DUN Pengkalan Kubor.



2. Isu LEBUHRAYA Rakyat yang dilihat AGAK perlahan dan BN sudah memasang "umpan" dengan menjanjikan Lebuhraya KB-KADOK. bermakna "Umpan Lebuhraya" adalah setara pada PRU14


3. Isu ROYALTI, BN mematikan langkah Kerajaan Kelantan dengan menyerahkan WANG EHSAN kepada MAIK, sepertimana kita tahu ia dibawah "line kuning", dalam kes ini juga BN sudah dapat "memegang hulu parang". Selain Kerajaan Negeri juga 'menyangkut' kepada Jawatankuasa Bayaran Tunai yang dibuat oleh BN, menyebabkan hilang fokus untuk bawa tuntutan HARTA KELANTAN ke arah mana?

4. Isu PENGUNDI LUAR tidak mahu balik mengundi, terutama dalam kes Pengkalan Kubor boleh dijadikan bayangan PRU14 KELANTAN, disebabkan "kelayuan" Kerajaan Kelantan menunaikan janji yang dijadikan Manifesto PRU13.



5. STADIUM yang dilihat "lenyap" dimata Anak Muda satu kegagalan yang nyata jika tidak diusahakan segera dengan publisiti program-program yang telah dibuat.

6. Sindrom "Slow Rock" Kabinet BARU Pasca TGNA jadi MB menjadikan rakyat bawahan terutama di Kelantan menjadi "menyampah" dengan sitausi sekarang. Ia boleh dilihat kepada sambutan rakyat terhadap orogram-program parti dan kerajaan negeri.


6. PEPECAHAN Dalaman yang PARAH, sepatutnya diselesaikan segera, bukannya menambah barah dengan membuat"OPS CAS KETING" pihak yang berlainan idea dan pandangan. Pepecahan dalaman di Kedah menjadi barah pada tumbangnya PAS di Kedah pada PRU13.

Berdasarkan pandangan saya terhadap analisis kerusi marginal, pola pengundian Pengkalan Kubor, Isu-Isu Besar. Ia seolah-olah BN sudah membayangi akan memerintah Kelantan pada tahun 2017 jika tiada apa2 perubahan dibuat SEKARANG!

Semoga penulisan ini memberikan sedikit maklumat dan kesedaran untuk membuat PERUBAHAN dalam suasana "lemah gemalai" yang ada sekarang.
Jom UBAH/ CHANGE segera.

Analisis dan pandangan ini berdasarkan pengalaman saya selaku bekas pegawai penyelidik di Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan pada waktu Kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS Kelantan seperti "telor dihujung tanduk", sehinggalah lahir pelbagai idea dan gerakan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh Pimpinan PAS Kelantan, akhirnya menang dengan majoriti besar pada 2008 dengan 39 kerusi DUN.

Tetapi sayangnya, selepas "Menang Selesa" pada 2008 hingga PRU13 pada tahun 2013, gerak kerja yang progresif sebelum berhadapan PRU12 malap dan terus perlahan sehinggalah merebak ke Pasca PRU13, ia seolah-olah PAS dilambung sindrom 'selesa' menang besar walaupun dalam keadaan kritikal dengan 14 DUN dalam posisi marginal.

Semoga penulisan ini memberikan sedikit maklumat dan kesedaran untuk membuat PERUBAHAN dalam suasana "lemah gemalai" yang ada sekarang.

Dengan berbekalkan pengalaman dalam "setup" gerakan massa rakyat melalui ngo GEGAR dan R @ ROYALTI saya menulis untuk Kelantan masa depan.


-- Sekiranya ia bermanfaat, sila sebarkan dan bagitau kepada pimpinan diatas. Sudah banyak kali saya sebut pada pertemuan dan sesi dialog, nampak masih tidak berkesan. 

Maka saya buka supaya kita semua MENDESAK untuk PERUBAHAN jika sayangkan KELANTAN.

** Nota: Saya tidak menyiarkan analisis spesifik memandangkan ia lebih sulit dan kritikal. Tq

Syam Ghaz